Friday, May 16, 2008

KHas Buat SUKI??!

Panggilan santau karut
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.
Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.
Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.
Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.
Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.
Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.
“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.
Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.
Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.
“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.
“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya
** jadi sumernyer dh setel pasal sms maut tu.. korang jgn la takut lg yerk .. blk ni aku nak nasihat mak aku huhuhu

14 comments:

mochitsuki said...

hampeh AGUs.. hahaha..
siot jek.. siap cakap..
mo nasihat mak ko.. :p

jadinye.. sme mende ni..
tade pape la kan..
aku jd blur kejap..
eeeeeeeeeeeee

PenyeT said...

suki.. tu dh kua paper.. maknenyer sume ngarutla..

tp mak aku cite yg kawan die nyer sepupu mati tu pasal apa lak erk :-s

ke kua cite ni supaya bia rakyat xtakut.. cume kawer :-s

mochitsuki said...

GUs.. ko ni.. lg nak..
mencuakkan keadaan..
xkan lak nak kaver..
harap2 x..

GUs.. mak ko pakai henpon ke..
terer ek mak ko..
kalo mak aku.. tau angkat tepon jek..
mo dail ke.. mo sms..
adui.. susah nak ajar :-S

tu mati kes lain x..
cube aa tanya bebetul..
maen terjah jek.. pasal sms sana

liserwisha said...

walau ape p0n kan kite kena hati2 jugak..x kan lah benda2 mcm nih pihak media ckp betul..Nnti menakotkn 0rg ramai plak..dan nnti x de sape nk on HP plak =))..

aku p0n blur jugakkkk....

liserwisha said...

maksud aku x kanlah pihak media meng'iye kana dehh ayat aku mcm keling amp0n :D

^-^icha^-^ said...

muahahaha
siot la agus
mau nasehat mak eekk ??
baeknye anak mak...

PenyeT said...

icha.. agus mmg baek pon :"> :p


tisha suki.. jgn le takut sgt.. :P

(o_0) said...

ala jgn takot sgt la ..

doa je beyk semoga dijauhi menda xelok [-o<

nasehat mak ko mskn aku bakso lg bek weh =p~

=))

mochitsuki said...

siot jek agus..
hampeh

liserwisha said...

Tagus~baekla baekla baekla :-<

Oyin said...

aguss idup lg upanyer 8->

cik afeera said...

xpaham aku cite nih :-??
panjang sangat...malas nak bace :|
aku bace part yg nak nasehatkan mak tu jerk =)) =))

Intan said...

malas aku mau baca :-< aku nak komen jerk :D

排骨酥May said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Semua Tentang Kita

About Me

Followers

Bual-bual